Saturday, September 07, 2013

Cermin

Kita sering melihat cermin utk melihat diri,
Kita percaya cermin tidak pernah menipu,

Tapi kita percaya bahawa kiri di luar adalah kanan di cermin,
Kita akan lebih percaya cermin daripada percaya pada orang kerana cermin tidak pandai menipu,

Begitulah kelebihan kecantikan fizikal berbanding kecantikan akhlak,

Akhlak kita,
Tiada cermin yg dapat dilihat,
Tiada cermin yg dapat bercerita,
Yang ada cuma orang,
Ada yang memuji, ada yang mengeji, ada yang memuja dan ada yang teruja,

Sikap kita,
Bukan pujian yang dinanti,
Kerana pujian bukan sejati,
Kerana pujian boleh memati,
Kerana pujian jarang dari hati,

Sikap kita,
Suka pada puji,
Sakit pada hina,
Suka pada tinggi,
Sakit pada rendah,

Tapi ketahuilah,
Sebaik-baik fakta adalah kata musuh,
Kerana dengannya diri dapat dibaiki,
Jalan dapat diperbetul dan cantik dapat dihias,

Ketahuilah juga,
Seburuk-buruk fakta adalah pujian seorang kawan,
Jika hanya puji yang berani diberi,
Jika keji hanya di hati,
Kerana ia 'silent killer'......

No comments: