
Antara perkara yang boleh diambil sebagai
‘way-out’ atau jalan keluar dari perjanjian-perjanjian yang haram adalah
sebagaimana berikut:-
- Melakukan ‘badil’ atau pertukaran kepada kepada perjanjian sedia ada (perjanjian haram) kepada perjanjian baru (perjanjian Islam).
Contohnya, seorang Muslim yang telah terlibat
di dalam perjanjian pinjaman konvensional yang pada peringkat awal perjanjian,
beliau tidak menyedari tentang keharaman pinjaman konvensional. Perjanjian
tersebut adalah bagi tempoh sepuluh (10) tahun. Setelah lima (5) tahun, beliau
telah menyedari bahawa hukumnya adalah haram dan berhajat untuk tidak
melibatkan diri di dalam perkara haram lagi.
Sekiranya beliau meninggalkan sahaja
perjanjian tersebut, maka beliau akan dikenakan tindakan undang-undang di atas
baki pembayaran yang belum diselesaikan. Pada masa yang sama, beliau juga turut
berdosa kerana memungkiri perjanjian yang telah dimetrai.
Sebagai alternatif, beliau boleh melakukan
badil dengan membuat ‘refinancing’ (pembiayaan kembali) ke atas pinjaman
konvensional kepada pembiayaan Islami. Refinancing ini akan memberi beberapa
kelebihan kepada pemilik di mana
terma-terma pembiayaan boleh dibincangkan dengan lebih teratur berdasarkan
terma-terma sedia ada sebagai batu asas perundingan.
Andai kata perjanjian Islami menawarkan terma
yang lebih ketat berbanding perjanjian konvensional, maka si pemilik tetap
perlu memilih perjanjian Islami sebagai kemestian kerana perjanjian
konvensional adalah bukan satu pilihan. (bersambung)
No comments:
Post a Comment