Penciptaan manusia dan jin adalah bertujuan untuk beribadat kepada Allah azzawajalla. Sebaik-baik ibadat kepada manusia khususnya ummat muhammadan yang dituntut ialah solat mafrudhah iaitu solat lima (5) wakti sehari semalam. Ianya adalah tiang agama di mana berdirinya di atas asas aqidah yang jelas dan benar. Penghubung aqidah dan amalan yang lain bergantung kepada keberkesanan solat-solat ini. Solat-solat ini juga bertindak sebagai pemunggar kepada segala kejahatan dan kemungkaran. Ini kerana solat adalah manifestasi kepada aqidah yang benar. Benarnya akidah maka eloklah ibadah.
Solat 5 waktu adalah penghubung antara manusia dengan Tuhannya. Ibadah adalah merupakan satu aktiviti yang tidak diciptakan manusia kerana kaedah ibadah adalah hanya benar sekiranya ia merupakan wahyu atau tuntutan yang telah dijelaskan oleh Allah azzawajalla. Manusia tidak mempunyai hak untuk mencipta kaedah ibadah sunggupun pada pandangan manusia akitiviti itu murni dan baik. Oleh kerana itu, solat bertindak sebagai penghubung antara manusia dengan Tuhannya kerana solat adalah ibadah wahyu yang dikurniakan Allah melalui satu proses isra' dan mi'raj yang dianugerahkan Allah khusus kepada Rasulullah Saw. Solat adalah doa dan doa adalah penghubungan terus seorang hamba dengan Tuhannya tanpa sempadan dan had.
Solat lima (5) waktu lebih besar daripada amalan-amalan lain seperti puasa sunat, berzikir dan membaca Alquran. Ini kerana solat adalah tunjang dan ibadah-ibadah lain adalah bunga dan dedaun. Tunjang perlu diperkukuhkan kerana dengan tunjang bergantungnya yang lain. Perelokkan tunjang bukan dengan semata-mata menunaikannya tapi juga perlu dengan penelitian dan penjagaan haknya. Antara perkara-perkara yang perlu diambil kira di dalam solat mafrudhah ialah :-
(a) Solat jemaah
(b) Solat diawal waktu
(c) Solat dengan memenuhi segala syarat dan rukunnya.
(d) Menghadirkan diri semasa bersolat dan khusyuk.
(e) Menjauhkan tergesa-gesa dan melakukan dengan bertoma'minah (satu persatu dan tenang)
(f) Mewujudkan rasa al-khauf, al-raja', an-nadamah dan al-ikhlas.
Ayuh kita menjaga solat lima (5) waktu agar yang lain juga turut terjaga...
No comments:
Post a Comment