أما بلغكم أنى لعنت من وسم البهيمة في وجهها أو ضربها فى وجهها
(dibaca sebagai : amma balaghokum anna la'antu man wasama al-bahimata fi wajhiha au dhorobaha fi wajhiha)
Artinya : ingatlah, telah sampai kepadamu daripadaku bahawasanya aku melaknat barangsiapa mencap dengan besi panas muka binatang atau memukulnya di kepalanya.
Hadis ini diriwayatkan oleh Abu Daud dari Jabir bin Abdillah R.A.
Punca hadith ini disampaikan Rasulullah SAW ialah, Jabir meriwayatkan bahawa Nabi SAW bertemu dengan seekor himar (keledai) yang telah dicap mukanya (ditato) dengan besi panas. Maka beliau bersabda seperti bunyi hadith di atas. Dihujung sabdanya Baginda SAW melarang perbuatan demikian.
Pengajaran daripada Hadith ialah :
(1) Larangan menganiayai haiwan dengan menyeksa tubuh fizikal haiwan tersebut.
(2) Terdapat hak haiwan yang perlu dipelihara oleh manusia bagi menghormati dan melindungi haiwan tersebut.
(3) Tidak boleh ditato kulitnya dengan menusukkan besi panas dan digores dengan alat yang menyakitkan untuk melukis gambar dan lambang.
(ekstrak daripada kitab Asbabul Wurud, karangan Ibnu Hamzah dan diterjemahkan oleh Kalam Mulia)
No comments:
Post a Comment