Sunday, May 18, 2014

Jiwa Insan


Jiwa insan sering bergolak, ada ketika semangat terlebih dan ada ketika pudar terpadam. Ketika terlebih maka bekerjalah si tuan tanpa kenal apa itu masa, tetapi ketika letih, si tuan terlupa pula apa itu kerja.

Normal dalam kerja, bila terhenti susah untuk bermula kembali. Kekadang beratnya untuk menyambung sama berat dengan permulaannya. 

Kerana itu, kalau terhenti, bara hendaklah dibiarkan hidup. Kelak inginkan api, senang untuk dihidupkan. Kalau tergendala dalam kerja, tidak salah untuk berehat tetapi awas jangan transit menjadi kekal kerana bimbang musafir menjadi mastautin.

No comments: