Sunday, December 28, 2014

Darurat vs Insurans

Keputusan kerajaan untuk tidak ishtihar darurat atas beberapa Sebab yang antaranya ialah kegagalan mangsa untuk membuat tuntutan insurans boleh dilihat daripada beberapa aspek :-

(1) Mengurangkan kos kerajaan untuk menanggung kos keseluruhan baik pulih iaitu kos fasiliti, bangunan2 kerajaan dan swasta, sekolah2, hospital2 dan banyak lagi. Kos ini boleh dikongsi tanggung oleh pihak insurans/Takaful.

Di dalam situasi ekonomi yang bermasalah ditambah harga minyak dunia yang sedang merudum maka bebanan untuk ditanggung secara solo oleh kerajaan persekutuan adalah membebankan.

Konsep 'spread of risk' (penyebaran  risiko) adalah terbaik dalam keadaan sekarang bagi mengurangkan bebanan tersebut.

(2) Kerajaan boleh menumpukan kos tanggungan mangsa banjir yang terdiri drp orang awam yang kebanyakkannya tidak mempunyai insurans/takaful atau tidak mengambil 'coverage' tersebut. Komitmen sebanyak RM500 juta yg diumumkan kerajaan adalah jumlah yang significant.

Jumlah peruntukkan ini adalah mencukupi dengan syarat pengagihan adalah betul dan tidak berlaku ketirisan serta 'ufti'2 haram.

No comments: