Ketika umur semakin meningkat,
Amal ibadat mula disukat,
Hati mula memasang niat,
Agar hidup berlandaskan syariat,
Ketika umur semakin meningkat,
Pergerakkan anggota semakin terhad,
Amal ibadat semakin singkat,
Kerana jasad tidak terlarat,
Ketika umur semakin meningkat,
Diharap iman semakin likat,
Dengan ikhlas yang terpahat,
Biarpun jasad semakin tak berkudrat,
Ketika umur semakin meningkat,
Hanya syurga menjadi syarat,
Untuk bahagia kekal di akhirat,
Yang hidup tanpa tamat.
No comments:
Post a Comment