Terbaca satu tulisan yg ditulis oleh Michael Lerner bertajuk 'Jewish Liberation Theology and Emancipatory Politics' berkenaan dgn Jews yg berbunyi
"One reaches an understanding of the divine through an understanding of the people and its teachings."
Maknanya seakan-akan sama dengan kata-kata Yahya bin Mu'az Ar-Razi sebagaimana disebut oleh Ibn As-Sam'ani
من عرف نفسه فقد عرف ربه
Sesiapa yang mengenal dirinya maka sesungguhnya dia telah mengenali tuhannya.
Berkenaan ayat di atas Imam An-Nawawi mengatakan bahawa ayat ini adalah tidak thabit sebagai hadith dan Ibn Taimiyah menolak dan mengira sebagai 'maudhu'.
Walau bagaimanapun, terdapat kesamaan pada makna di dalam kedua2 ayat tersebut yg bolehlah disimpulkan sebagai perlunya diri kita untuk mengenali diri pada kekuatan dan kelemahannya sehinggakan ia dikaitkan untuk mengenali Tuhan.
Mungkin sedikit kacau apabila seseorang itu mendakwa mengenali Tuhannya sedangkan dirinya sendiri tidak selayak utk dipanggil manusia.
Mendakwa mengenali Tuhan sedangkan peranan lidah sendiri tidak diguna pd tempatnya. Mendakwa mengenali Tuhan sedangkan perintah Tuhan sedaya upaya diketepikan dengan alasan kebebasan dan hak peribadi.
No comments:
Post a Comment