Bagi usahawan yg
tidak mempunyai pekerja maka dia sendirilah pekerjanya. Manakala bagi usahawan
yang mempunyai pekerja maka dia adalah majikan dan pekerjanya adalah orang yang
berkhidmat untuknya. Hari ni kita cuba bincang berkenaan usahawan yang mempunyai
pekerja.
Banyak kaedah telah
diperkenalkan tentang pengurusan pekerja ini. Paling umum ialah dengan konsep
SS (Suruh dan Suruh) dan TS (Tanya dan Suruh). Konsep SS ialah majikan akan
mengarahkan pekerja tentang apa yang kena buat secara details. Makanala konsep
TS ialah majikan memberikan garis panduan umum dan membenarkan pekerjanya
sentiasa mencari inisiatif baru untuk melakukan sesuatu perkara dengan lebih
baik.
Kedua-dua kaedah
ini mempunyai kekuatan dan kelemahan masing-masing bergantung kepada siapa dia
majikan dan siapa pula pekerja. Ada jenis perniagaan memerlukan konsep SS untuk
berjaya hinggakan kalau majikan tidak berada di depan mata maka pekerja tidak
akan melakukan apa-apa. Setiap gerakan perlukan arahan.
Ada juga jenis
perniagaan memerlukan konsep TS. Sekiranya tidak dilakukan demikian maka
potensi business dan pekerja itu sendiri tidak mencapai ke tahap maksimum.
Kedua-dua perkara
ini perlu diambil kira oleh usahawan agar tidak tersalah pilih konsep yang
sesuai hinggakan ia merisikokan potensi perniagaan itu sendiri.
Selamat berkenalan
dengan pekerja.....
No comments:
Post a Comment