Showing posts with label Sme. Show all posts
Showing posts with label Sme. Show all posts

Sunday, April 07, 2019

Usahawan dan Buat Dajjal

Hari ni macam sedikit lain macam aje bunyinya iaitu usahawan dan buat ‘dajjal’ (bahasa orang-orang sebelum millennium, dimaksudkan dengan membuat sesuatu yang tak elok/baik).

Semasa dalam industri construction sebelum ni, saya selalu diberitahu oleh ‘Senior Project Manager’ kami bahawa dalam dunia construction ni, ia kecil sahaja di mana pusing-pusing kita akan berjumpa dengan orang yang sama juga. Kalau dulu, dia adalah “Senior Quantity Surveyor’ dengan satu syarikat, mungkin sekarang dah jadi ‘Project Manager’ dekat syarikat yang lain. Pusing-pusing berjumpa jua.

Begitu juga dalam lapangan perniagaan, dunia ini tidak besar pasti berjumpa jua. Kerana itu janganlah sesekali berbuat ‘dajjal’kepada sesiapa sahaja kerana kita bakal berjumpa kembali. Mungkin kalau sebelum ini kita adalah sebagai pembeli dan kali ini kita pula sebagai penjual. Bimbang kalau sebelum ini pernah ‘mendajal’ mungkin kali ini kita pula didajalkan. 

Sebagaimana pepatah Arab berkata " كما تدين تدان" (kama tadinu tudan) bermaksud sebagaimana kau berbuat, kau akan dibalas.

Tuesday, January 15, 2019

Usahawan dan Orang Lain

Tidak salah untuk seorang usahawan melihat mereka di sekeliling sebagai pembakar semangat. Ia boleh memberi keterujaan dan lebih pemahaman yang mungkin kita tidak tahu sebelum ini. Mungkin memberi peluang kepada kita untuk membetulkan dan memantapkan apa yang kita lakukan sekiranya ada yang lebih baik.

Ia adalah peluang untuk memantapkan ilmu, membina jaringan dan mengeratkan ukhuwwah. Ilmu, jaringan dan ukhuwwah adalah aset perniagaan yang terbina bukan atas modal wang ringgit dan keupayaan (al-qawiyyun) tetapi di atas dasar kepercayaan, maruah dan harga diri (al-amin). Ia terbina bermodalkan masa, kesungguhan dan keikhlasan
.
Tidak salah untuk seorang usahawan memerhati mereka di sekeliling namun ianya perlu secara berkadar dan terhad. Tidak boleh melampaui batas kerana kelak akan menimbulkan resah dan gelisah. Resah apabila timbul rasa kurang senang dengan tahap pencapaian sendiri, terasa rendah berbanding mereka di sekeliling yang telah jauh ke depan. Gelisah apabila rasa sesal dengan apa yang diusahakan tidak tercapai sebagaimana orang lain.



Berpada-pada lah kerana kejayaan kita adalah pada kayu ukur kita. Kejayaan orang adalah pada sukatan mereka. Ketahuilah kejayaan sebenar adalah pada 'berjayanya kita melakukan sesuatu bukan pada berhasilnya mencapai sesuatu.


Thursday, January 10, 2019

Usahawan dan Zikir

Banyak amalan, zikir-zikir, pantang larang hatta azimat diajar dan dikongsi kepada kita usahawan untuk digunakan sebagai pelaris dan penyebab kejayaan dlm berniaga. Pesan mereka, ramai dah berjaya dengan melakukan demikian dan demikian. Kata mereka lagi, dulu kedai ni orang tak tahu pun wujud tapi sekarang selepas melakukan amalan itu, kau tengok bagaimana majunya dia. 

Banyak betul bentuk-bentuk khurafat ini bermula dengan seberat-beratnya iaitu penggunaan tangkal, khidmat bomoh dan barakah 'guru-guru. Hinggalah seringan-ringannya pada mata kasar iaitu dengan pengamalan amalan-amalan yang tidak ma'thur dengan kepercayaan bahawa terdapat khasiat atau manfaat khusus dengan amalan-amalan tertentu atau ayat-ayat tertentu. 

Semua ini menyebabkan kebergantungan kepada Allah menjadi lunyai dan hilang. Segalanya dinodai dengan lebihnya percaya kepada bukan lagi Allah. 

Ada yang mendakwa bahawa perkara-perkara tersebut adalah sebagai pemudah cara, tauhid dan aqidah masih lagi tuntas kepada Allah Swt. Solat dan segala amalan wajib masih disempurnakan. Jadi mana mungkin ia telah terkorban. 

Nabi SAW diutuskan utk membersihkan aqidah drp kesyirikan kepada tauhid. Baginda diutuskan dengan wahyu hinggalah sempurnanya Islam dengan sempurnanya wahyu diturunkan. Tiada lagi penambahan mahupun rahsia yang tidak dikongsikan.

Maka segala amalan yg tidak ada athar atau berupa suruhan agama dengan pengharapan bukan sepenuhnya kepada Allah maka ia membawa kepada kesyirikan. 

Berhati-hati lah kita sebagai usahawan utk tidak sesekali menggadai aqidah dan tauhid kerana andaian keuntungan dan jualan. Kesemuanya tidak memberi manfaat sedikit pun kecuali dengan izin dan kuasa Allah Swt. 

Selamat bermunajat...

Sunday, January 06, 2019

Usahawan dan Senyuman

Senyuman di bibir adalah petanda senangnya jiwa dan positifnya hati dalam sesuatu keadaan. Senyuman adalah penawan dan pemikat rasa terutama buat kita yang sentiasa berurusan dengan pelanggan baik secara langsung mahupun tidak langsung. Hinggakan receptionist di sebuah bank telah dinasihatkan oleh pihak pengurusan agar senyumannya didengari oleh pelanggan ketika menyambut panggilan telefon.

Entah bagaimana nak dibuat agar senyuman boleh didengari sebab yang berbunyi adalah ketawa sahaja manakala senyuman adalah sekadar riak muka semata-mata.

Benar bahawa senyuman itu adalah penarik rezeki dan masam muka pula penolak rezeki. Sungguh amat kecewa apabila kita datang untuk membeli atau mendapatkan perkhidmatan namun dilihat seolah-oleh musuh atau orang bersalah. Sedih sebab kita datang membawa bersama rezeki kepadanya tetapi kelihatan sebagai menyusahkan ataupun memberi beban.

Mungkin kita tetap hadir ke premis perniagaan tersebut bukan disebabkan attraction kemasaman tetapi kerana tiada alternatif lain. Namun sebagai usahawan jangan tidak tahu bahawa alternatif lain akan cuba dicari dan pelanggan ini akan tetap pergi jua...

Jadi hiaskan dengan senyuman dan indahkan dengan ketulusan.

Sunday, January 26, 2014

Financing of Small and Medium Enterprises (SMEs) in Kenya

The article’s objective is to find out the sources of capital for SME in Kenya and its formal financing accessibility. The study was done in Kakamega Municipility with the targeted audience consist of 1,420 active enterprise and SMEs. The study was done using primary data which collected using questionnaire and guided interview.

Majority of the sources of capital was come from personal savings, loan from commercial bank and trade credits from the suppliers. In another words, most of the SMEs did not rely on commercial banking for start-up capital. Less than half of the SMEs were applied for the business financing but out of the total number of application, 90% of them were succeeded in their application. 70% of the application applied for Ksh 200,000 of formal financing

However in Africa, SMEs were weak due to a series of problems which are small local markets, underdeveloped regional integration and very difficult business conditions. Thus Africa did not become as a center of interest for the mainstream investors.

The study also proved that there were two (2) main reasons why the SMEs did not apply for the formal financing which were:-
(a)           The financing was not needed.
(b)          The cost of financing was too high

Reference

Kihimbo B. W, Ayako B.A, Omoko, K.W, and Otuya W.L. (2012), Financing of Small and Medium Enterprises (SMEs) in Kenya : A Study of Selected SMEs in Kakamega Municipality 

Tuesday, December 17, 2013

Tools bagi Usahawan 1

Dalam pelajaran Perdagangan tingkatan 3, tahun 1995, perbezaan di antara usahawan dan peniaga telah dijelaskan sebagai usahawan sentiasa menambahbaik kaedah dan cara perniagaan dilaksanakan manakala peniaga ialah seorang yang melaksanakan urusniaga jual beli tapi melaksanakan apa-apa penambahbaikan yang ketara. Contohnya, penjual surat khabar yang kekal melakukan perniagaannya dengan skala dan kaedah yang sama semenjak ianya ditubuhkan 10 tahun yang lepas hingga kini, beliau ialah seorang peniaga. Sekiranya penjual surat khabar tadi menambah kawasan dengan lebih luas dan pengurusan yang lebih teratur, maka peniaga tadi ialah seorang usahawan.

Bagi peniaga yang bercita-cita besar, dia hendaklah menjadi seorang usahawan yang sentiasa berfikir untuk menjadikan perniagaannya semakin mantap, berkembang dan maju. Menjadi kelebihan kepada usahawan kecil untuk mengembangkan perniagaannya adalah dengan mengguna dan menyesuaikan kaedah-kaedah mereka yang telah membesar dan berkembang. Yang pentingnya pada tahap ini ialah untuk mengenal pasti dan menyesuaikan sistem tersebut dengan intipati perniagaan yang dimiliki usahawan. 

Sebagai persediaan awal, usahawan kecil hendaklah memerhatikan beberapa 'tools' yang diperlukan bagi memastikan perniagaan bergerak secara 'auto-cruise'. Antaranya ialah :-
(1) Organisational Chart
(2) Process Flow
(3) Do and don't
(3) Policies and Procedures

Saturday, December 14, 2013

Hedging bagi SME

Teknik hedging juga boleh diguna pakai bagi mengurus risiko bagi perniagaan kecil dan sederhana. Teknik ini berjalan sebegini, katakan seorang usahawan terlibat dalam perniagaan menjual gelang kristal. Jualannya agak memuaskan ketika musim gaji dan perayaan. Namun agak sakit ketika musim persekolahan ingin bermula  kerana para pelanggan menumpukan kepada pembelian barangan sekolah dan yuran-yuran yang akan dikenakan kepada para pelajar diawal bulan pengajian. Dimusim ini, bisness gelang kristal adalah tidak memuaskan.

Bagi menjalankan teknik hedging, penjual kristal tersebut hendaklah mencari produk pelengkap yang mana ianya bergerak secara bertentangan dengan bisness kristal tersebut. Ketika bisness kristal menurun, bisness yang satu lagi akan meningkat dan begitulah sebaliknya.

Yang paling penting ialah mencari business pelengkap yang boleh mitigate risiko ketidakstabilan business. Contohnya,  butik vs baju bundle dan restoran vs catering.

#sme #perniagaan