Thursday, January 10, 2019

Usahawan dan Zikir

Banyak amalan, zikir-zikir, pantang larang hatta azimat diajar dan dikongsi kepada kita usahawan untuk digunakan sebagai pelaris dan penyebab kejayaan dlm berniaga. Pesan mereka, ramai dah berjaya dengan melakukan demikian dan demikian. Kata mereka lagi, dulu kedai ni orang tak tahu pun wujud tapi sekarang selepas melakukan amalan itu, kau tengok bagaimana majunya dia. 

Banyak betul bentuk-bentuk khurafat ini bermula dengan seberat-beratnya iaitu penggunaan tangkal, khidmat bomoh dan barakah 'guru-guru. Hinggalah seringan-ringannya pada mata kasar iaitu dengan pengamalan amalan-amalan yang tidak ma'thur dengan kepercayaan bahawa terdapat khasiat atau manfaat khusus dengan amalan-amalan tertentu atau ayat-ayat tertentu. 

Semua ini menyebabkan kebergantungan kepada Allah menjadi lunyai dan hilang. Segalanya dinodai dengan lebihnya percaya kepada bukan lagi Allah. 

Ada yang mendakwa bahawa perkara-perkara tersebut adalah sebagai pemudah cara, tauhid dan aqidah masih lagi tuntas kepada Allah Swt. Solat dan segala amalan wajib masih disempurnakan. Jadi mana mungkin ia telah terkorban. 

Nabi SAW diutuskan utk membersihkan aqidah drp kesyirikan kepada tauhid. Baginda diutuskan dengan wahyu hinggalah sempurnanya Islam dengan sempurnanya wahyu diturunkan. Tiada lagi penambahan mahupun rahsia yang tidak dikongsikan.

Maka segala amalan yg tidak ada athar atau berupa suruhan agama dengan pengharapan bukan sepenuhnya kepada Allah maka ia membawa kepada kesyirikan. 

Berhati-hati lah kita sebagai usahawan utk tidak sesekali menggadai aqidah dan tauhid kerana andaian keuntungan dan jualan. Kesemuanya tidak memberi manfaat sedikit pun kecuali dengan izin dan kuasa Allah Swt. 

Selamat bermunajat...

No comments: